Untuk paparan terbaik, sila gunakan pelayar Web Firefox/Google Chrome resolusi 1024 X 768

Blog aku dah masuk 3 tahun

Merepek July 8th, 2009

Syukur alhamdulillah. Pejam celik akhirnya dah masuk 3 tahun usia blog aku ni. Daripada blogdrive terus kepada blogspot dan akhirnya tahun ke-3, aku menggunakan wordpress sebagai platfom untuk aku berblog.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi singgah & sokong aku walaupun aku bukannya pandai nak cipta ayat atau dalam bahasa senang ‘nak taip panjang-panjang’. [Selanjutnya →]

KDC Berpindah Rumah

Pengumuman May 21st, 2009

http://redxone.net

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Mulai 22 Mei 2009, KhaLx Dot Com (KDC) akan berpindah ke RedXone Dot Net. KDC tidak akan dikemaskini selepas tarikh tersebut. Domain bagi www.khalx.com tidak akan diperbaharui dan akan ditutup pada 26 Jun 2009. Oleh sebab itu, url bagi blog ini akan kembali ke url asal iaitu http://khalx.blogspot.com. Terima kasih kepada mereka yang banyak menyokong KDC sepanjang 3 tahun ni.

Untuk ke RedXone Dot Net, sila tekan sini

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1430

Ucapan March 9th, 2009

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1430
Isnin, 9 Mac 2009

“Wahdah Pemangkin Khaira Ummah”

Gong Xi Fa Cai

Ucapan January 26th, 2009

Ulang Tahun Ke-2 Blog Aku

Ucapan July 8th, 2008

Hari ni 8 Julai 2008 genaplah 2 tahun usia blog aku ni. Wah… sudah 2 tahun rupanye. Aku rasa kejab je masa berjalan skrg ni. Aleh² dah masuk 2 tahun. Byk jugak perubahan selama 2 tahun berblog ni. Dah berapa kali bertukar langsir. Tahon ni dah start pakai domain sendiri. Lagi pendek lagilah cool. Seswai ngan imej idola remaja mase kini. Hahahahaha! [Selanjutnya →]

Kenapa Saya Tak Tensen Lagi?

Merepek June 29th, 2008

Cam hampeh je tajuk blog hari ni. Sebenarnya dah tak tau nak letak tajuk apa. Eh dah on air ke? Err… hai… selamat bertemu kembali bersama saye dalam rancangan Mari Meroyan terbitan TV90 jauhh di hati. Makcik ni kompem cari cenel 90 kat tv. Wakakakaka!

Pagi tadi aku dah gantikan keyboard aku + mouse sekali. Memang plan nak ganti keyboard dulu. Masa ronda-ronda kat KB Mall, aku ternampak ade yang jual keyboard dapat percuma mouse. Wow…menarek. Pakej yang menjimatkan dan menyenangkan hati sanubariku. Brand logitech. Oklah tu. Brand tak kisah sangat janji kenikmatan menaip memang dapat memuaskan nafsu aku. Takde bunyi bising clap clup clap clup bila menaip dan yang penting terasa gebu je bila tekan huruf² kat keyboard tu. [Selanjutnya →]

Berpindah Rumah

Ucapan June 27th, 2008

Akhirnya hari ni blog aku berpindah ke rumah baru iaitu http://khalx.com Dah lama plan nak pindah rumah sempene ulang tahun ke 2 blog aku tak berapa lama lagi ni. Sebelum ni url panjang sangat. Pendek camni barulah cooolll. Sesuai ngan title idola remaja masakini. Hummy konpem muntah ijau bila baca apa yang aku taep ni. Miahahahahahaha. *perasan*

Semoga blog aku ni terhendar dari ancaman spammer, spyware, virus dan sewaktu dengannya. Pada mereka yang tak suka cara aku menaep ni, aku mentak maaf. Ko respek aku dan aku akan respek ko balek. Sekian, wassalam!

“Aminnnn…..”
blank