Browsing Category: "Merepek"

Blog aku dah masuk 3 tahun

Merepek July 8th, 2009

Syukur alhamdulillah. Pejam celik akhirnya dah masuk 3 tahun usia blog aku ni. Daripada blogdrive terus kepada blogspot dan akhirnya tahun ke-3, aku menggunakan wordpress sebagai platfom untuk aku berblog.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi singgah & sokong aku walaupun aku bukannya pandai nak cipta ayat atau dalam bahasa senang ‘nak taip panjang-panjang’. Read the rest of this entry »

Kenapa Saya Tak Tensen Lagi?

Merepek June 29th, 2008

Cam hampeh je tajuk blog hari ni. Sebenarnya dah tak tau nak letak tajuk apa. Eh dah on air ke? Err… hai… selamat bertemu kembali bersama saye dalam rancangan Mari Meroyan terbitan TV90 jauhh di hati. Makcik ni kompem cari cenel 90 kat tv. Wakakakaka!

Pagi tadi aku dah gantikan keyboard aku + mouse sekali. Memang plan nak ganti keyboard dulu. Masa ronda-ronda kat KB Mall, aku ternampak ade yang jual keyboard dapat percuma mouse. Wow…menarek. Pakej yang menjimatkan dan menyenangkan hati sanubariku. Brand logitech. Oklah tu. Brand tak kisah sangat janji kenikmatan menaip memang dapat memuaskan nafsu aku. Takde bunyi bising clap clup clap clup bila menaip dan yang penting terasa gebu je bila tekan huruf² kat keyboard tu. Read the rest of this entry »

Jadi Student Balek

Merepek June 3rd, 2008

Pepagi ni akak kat kolej aku telepon. Siap tanye aku bila nak register subjek. Kacau daun tol. Takleh nak tengok abang bersenang lenang sikit. Semalam aku dah pergi tapi takde orang. Cuih je balik camtu jer.

Esok datang yer dik. Sekarang takde orang

Hoh? Abistu akak bukan orang eh? Hehe nak je aku cakap camtu kat akak tu. Tapi kesian lak sebab akak tu cun orangnyer. So kenelah perangai berubah 100%. Aku kan idola remaja. Kene tunjuk imej yang bersih. Tol x Hummy? Secara otometiknya jadual harian aku sudah berubah. Dah kene handle satu perkara lagi. Kompemlah agak bizi sket sekarang. Tapi aku akan cuba update setakat mana yang aku mampu.

Buang Duit

Merepek May 29th, 2008

11.45 pagi: Hari ni teringin sangat nak makan nasik sup perut bulat. Cam ada kuasa yang menarik aku untuk makan bende tuh. Adekah aku ketageh? Yang penting aku dapat rasakan camner lazatnyer mengunyah perut bulat tuh. Perghh..mebeles. Makan ngan nasik panas. Aiseh! Cecepat je aku terus ke kedai tuh. Tapi arini jalan jem. Camnilah kalau cuti sekolah. Seb baik aku tak bawak kete. Bawak moto leh celok².

Bila dah sampai masalah lain lak ade. Tempat penuh! Maklumlah waktu makan tengah hari. Seb baik menyempat mencelah kat meje kosong. Tepi tingkap lak tuh. Nyaman skali! Of koslah aku oder yg spesel punya. Nyum nyum! Makan sampai abes. Skrg ni terbayang lagi keenakkan mengunyah. Hiks. *jeling cemut*

Comel kan? Cam setan :) )

6.45 petang: Siap² nak kuar. Nak beli boxer cadangnya. Boxer yang lama dah uzur. Getah dah kendur. Kalau pakai nanti nampak alur montok. Asik terlondeh je. Tensen tol. Kuar lewat sket sebab tadi panas sangat. Lagipon jem. Waktu camni sesuaila kot nak merayap. Hehehehe.
Selai $11.90. Yang lagi satu 2 helai $16.90. Mana lagi untung? Tapi susah lak nak cari saiz M. Semuanya saiz L ngan XXL. Seb baik aku tak selerakkan boxer kat situ. Si pwaker ni mesti persoalkan nape aku beli boxer murah nanti. :) ) Biaserla molot cam bontot ayam. Pot pet pot pet. Hahahaha. Tak kesahla, mahal² pon bukan nak tunjuk kat orang :) ) Tunjuk kat Zila jer :”>

Tudiaa saiz M! Bukti pinggam ako rampem :) )

Tanggal 28

Merepek May 28th, 2008

Dah 28 haribulan dah arini. Cepat tol masa berlalu. Kalau dah hujung bulan maknanya aku akan naifla sikit. Banyak duit yang kuar daripada masuk. Pagi tadi gi settlekan ansurans kete.

Nasib baik arini tak ramai. Kejab je dah settle. Kat kaunter tadi awek lak tuh. Bolehlah cuci mata sket. Dahla nampak lurah dendam kat dada. Rasa nak baling je duit syiling kat dalam tu. *Astaga* Read the rest of this entry »

Holla

Merepek May 27th, 2008

Holla… lama betul aku tak apdate blog ni. Biaserla org soleh memang lambat update blog. Hehehe. Dalam minggu ni memang aku bizi tahap gaban dah. Tak menyempat nak melalut panjang² kat sini. Dahla streamyx aku masih sengal. Leh on9 dari pukul 5ptg sampai ke subuh pagi esok je. Pelik sungguh. Apa bende la masalah yang sebenar. Wayar tersumbat kah?

Badan aku masih lenguh² sebab nak siapkan garaj kereta. Masih berlantaikan tanah. Pasir yang dioder belum sampai. Camnilah kalau guna orang tengah. Sampai sekarang tak sampai² lagi. Camne keje nak jalan? Aku dah cakap kat bapak aku jangan guna orang tengah kalau nak beli apa². Tensen seh!

Nak join?

Projek nak besarkan rumah pon dah nak start tak lama lagi sebab dah dapat tukang rumah baru. Bukan sesapa pon, sedara mak aku gak yang bikin. Lagi senang. Kalau rumah senget ke, rumah besar sebelah ke lehlah gi serang rumah dia.

Sekarang ni anak buah aku dah balik sini. Apa lagi, suke lah mak aku bila cucu kesayangan dia balik. Takderla sunyi sangat. Sian gak aku tengok mak aku bila bebudak tuh takde. Dorang kat sini tak lama sebab 1 Jun ni kakak aku kat Seremban akan datang ambik anak² dia bawak balik sane.

Janji Orang Biol

Merepek May 16th, 2008

Umah aku ni takderla besar sangat. Memang agak sempit. Biaserla..kalau dulu bontot besar 2 tapak tangan, sekarang dah besar pemeluk dah. Maunya tak sempit. Nak tak nak kenelah besarkan rumah. Dah lama plan sebenarnya, tahun ni baru nak jalan. Tapi aku bukan nak cerita pasal rumah, tapi nak cerita pasal tukang rumah yang nak besarkan rumah ni.

Nak dijadikan cerita, harini sepatutnya diorang dah start keje sebab dah janji 2 minggu. Tapi haram x nampak batang hidung. Janji orang Melayu, camni la. Malam ni bapak aku tel tukang rumah tuh. Nak tanye pasal nak besarkan rumah ni. Banyak lak alasan yang dia kasi. Dia cakap nak datang malam esok sebab nak kasitau bahan yang dia nak untuk projek dia tu. Apa kejadah beli bahan semua kalau laman yang nak besarkan rumah ni belom bersih lagi! Pokok pon lom tebang. Nanti bila dah beli, dibuatnya x jadi camne? Tak ke membazir?? Kalau dah beli nak letak kat mana? Bawah katel?

Aku dah rasa cam kene main dah. Bukan sekali dia janji. Ni dah masuk kali kedua. Aku bitau bapak aku supaya call malaun tu balik. Tanya dia sanggup buat ke tak. Kalau xsanggup leh suruh tukang rumah lain yang buat. Last² dia mengaku taknak buat. Haram jadah tol. Punyalah banyak masa terbuang nak tunggu janji orang camni. Wtf!

Bodo punye olang!
blank