Untuk paparan terbaik, sila gunakan pelayar Web Firefox/Google Chrome resolusi 1024 X 768

Kenyangnya!

Merepek August 13th, 2006

Arini sehari suntuk aku kuar. Beserla kalau ari Ahad kan? Pepagi lagi member aku dah call suruh temankan dia ambik surat ambik jubah apa ntah ngan member dia sorang lagi. Beserla minggu depan dah nak konvo kat utara sana. Hehehehehe. Ingat lak masa aku konvo dulu. Best siot! Maunya aku tak jumpa dia dalam seminggu nih.

Lepas semua dah settle pekenelah tomyam, makanan peberet aku kat town. Best jugak. Lauk pon banyak. Yang penting taruk tomato sama kubis bunga. Nyum nyum nyum! Hahahahahahaha. Lama gak kitorang borak. Lepas ni takleh nak jumpa dah untuk seminggu. Lepas gianlah kununnya.

Balik umah mak aku siap masak serba serbi cam nak sambut orang jauhlak ngan mihun sumer. Dahla aku tengah kenyang. Time lapar takde apa yang boleh dimakan. Huh!

P/s: Sket jer aku leh tangkap gambo. Akak aku bising cakap aku ni xde keje T_T

Kisah Hari Khamis

Merepek August 10th, 2006

Aku kembali lagi di hari Khamis ni. 2 hari tanpa entry. Hehehehe. Biasalah kalau dah bizi. Nak on9 pon takde masa. Tol tak? Ari aku camni takde apa-apa yang menarik. Cam hari-hari yang lain. Tapi harini agak lewat aku bangun pagi. Nasib baik ada org yang tolong kejutkan. Kalau tak mesti melepas Subuh aku pagi tadi. Ngeeee

Arini gak hari aku kurang makan. Tak tau sebab apa tapi yang pasti tak ada makanan untuk di makan. Sejak pasar kat depan umah aku dah pindah, susah bebenor nak cari makan. Nak cakap jauh sangat tu takdelah tapi aku malas nak jalan kaki. Ngeeee


Api baru nak besaq

Tengah hari tadi lak kedai barangan plastik sebelah pejabat pos kat depan umah aku terbakar. Nak cakap kedai tu terbakar atau sengaja dibakar aku takleh nak komenla plak. Napa aku cakap camtu? Sebabnya kedai tu pon dah dikosongkan sebab nak dibangunkan. So, tuan punya kedai tinggalkan sampah sarap camtu jer dalam kedai tuh. Kalo buang putung rokok pon sape tau kan kan?

Aku plak time tu baru lepas mandi. Pelik gak aku tgk langit gelap. Ingatkan nak ujan rupanya benda lain yang jadi. Kalau ujan kan best. Dah lama x ujan neh. Hehehehe. Nasib baik gakla ada yang tipon bomba. Kalau tak, terbakarlah pejabat pos tuh. Dahla time tuh ade ramai orang kat dalam.


Sebelum bomba mai

Aku tengok jab jerla. Lepas bomba sembuq ayaq aku balikla. Tak tahan dok tengah panas. Ngeeee. Oklah sebab takde kerosakan besar sangat. Sian lak aku tengok akak yang dok menyewa kat tingkat atas pejabat pos tuh. Maunyer x gabra bila asap hitam kepul-kepul dalam umah. Mintak simpanglah berlaku camtu kat sesapa. Balik umah pastu makan-makan n terus tidoq :D

Pening kepala!

Merepek August 2nd, 2006

Hari ni lepas subuh aku rase cam tak sedap badan dah. Pening. Mula-mula aku pikir aku ni pening sebab makan megi tomyam yg semalam ke? Sebab semalam aku makan megi tomyam sampai x ingat dunia. Kononnyer nak lepas gian. Rupa-rupanya mmg aku pening betul-betul tapi masih leh tahan lagi. Siang tadi aku tido kejab lepas telan panadol tapi tahan sket je. Huhuhuhuhuhu

Tapi tak heran sangatlah kalau aku demam pasni sebab kat rumah aku pon leh dikatakan semua dah demam bermula dari kakak aku. Pastu jangkit kat anak-anak buah aku & yang terbaru kat ayah aku. Tu pon baru start keje balik arini. Nasib baik xda apa-apa. Kiranya aku ni mangsa seterusnya lah. Antibodi aku bkn kuat sangat kot. Ekekekekeke.

Blog…cakap pasal blog ni tingat lak kat sorang member aku neh. Arini sebok lak dia nak edit blog. Mimpi apa pon aku tak tau. Ekekekekeke. Korang lehla usha blog dia kat http://zaradaniel.blogspot.com Hahahahaha…jangan marah peliss mekyam aku promote ko!

Aku takde banyak sangat nak tulis arini sebab satu hari ni aku dok umah n membuta je .Ekekekekeke!

P/s: Al-Fatihah buat atuk dayana yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga rohnya sentiasa memperoleh rahmat dariNya

Edisi Isnin

Merepek July 17th, 2006

Hye guys.Phew…lapar siot pagi nih. Lom sempat makan maa. Malas lak nak kuar cari makan. Minum kopi je pagi ni, yg tongkat ali punya.Hahahahahahahaha siot!

Banyak gak berita menarik dlm paper arini. Seb baik capai metro. Nak arapkan yg kat website lambat tol diorang update! Pasal siti yg nak buat PC.. Pasal kawen kot. Jadi ke ngan datuk K? Aiyakkk! ramai siot arr yg frust!

Notis Blog

Merepek July 14th, 2006


Terima kaseh ler pada yang rajin singgah kat blog aku. Blog yang paling mereng di Malaysia. Hahahaha. Tapi sebelum korang dok selongkar lebih lanjut pasal blog aku nih, apa kata korang baca dulu notis yang ada kat bawah ni. Pasni jangan cakap aku tak kasitau lak.

[+] Ni blog aku, suka hati aku la nak taruk apa. Nak taruk pic besar rumah ke, nak taruk entry tak berfaedah ke, nak mengarut ke korang takyah nak sebuk. Kalau tak suke, sila tekan pangkah kat atas nuh!

[+] Komen yang boleh mencetuskan pergaduhan, peperangan secara otometiknye tidak akan diapruf. Pikir dulu sebelum nak komen. Apa pon aku hargai komen korang.

[+] Mau tukarin link sama aku? Buley je. Tapi pastikan korang kasitau aku dulu. Senang aku nak letak link korang kat blog aku neh.

Kisah Hari Isnin!

Merepek July 9th, 2006

Takde apa yang menarik buat hari ni. Cam biase la aku berjaga dari semalam sampai kuar matahari. Ekekekeke…ngantuk tu memang rase gak tapi time cuti camni malas lak nak tido. Layan tv jerla. Tak banyak benda yg aku leh buat arini. Dahla time org semua gi sekolah, opis etc. Sunyi sangat! Seb baik ada motor. Lehla kuar cari bekpes kat kedai. Dah lama gak aku tak jejak kaki kat pasar. Hahahahahaha!!

Arini sepatutnya aku kene gi bank bayar kete. Tapi x jadi lak. Malas punya pasal. Kopak lagikan duit untuk bulan nih! Bayar esok dahla. Esok bukan ada keje nak buat pon. Orang pon mesti tak ramai kat bank tuh. Takdelah kene tunggu lama sangat. Actually bil banyak x bayar lagi. Bila pikir pasal ni buat aku tensen dan tensen dan tensen. Susah tol kalo xde duit. Tapi bila dah ada dok berjoli sakan. Tu lah pangai buruk aku. Bila time sengkek baru nak sedarkan diri. Hehehehehe.

P/s: Moral-jangan membazey!

Wassup!

Merepek July 8th, 2006

Hi guys! Wassup y’ll. Selamat pagilah untuk korang semua arinih. Ni adelah blog aku yg ke-4 sebenarnya! Dari Blogdrive sampai ke Xfresh aku dh try. Masing² best giler tapi aku saje jer nak cuba yg lain. X salahkan kan? Hahahahahahahaha. Thx pd yg singgah tuh :)

Aku ni pon bukan rajin sangat nak taip panjang² cam korang. Kekadang datang blur gak sampai satu entry pon aku x dapat nak taip! HoHoHoHo. Ikut ari kot. Bila dah dtg idea, berlambak². Bila xde idea, mmg kering…xleh nak buat apa dah :D

Err..aku x bfast lagi nih! Jom…
Ntah apala menu aku arini. Belasah je laaa!

blank