Untuk paparan terbaik, sila gunakan pelayar Web Firefox/Google Chrome resolusi 1024 X 768

Aiks… Takde? Buat Hal Lagi?

Merepek May 8th, 2008

Ekceli aku sendiri tak tau nak taruk tajuk apa kat entry hari ni. Hahaha… dah blur! Pepagi lagi internet buat hal. Huk alohhh… lepas satu satu prob ngan tenet ni. Naik jenuh aku. Baru nak dapat nur hidayah dah potong stim. Lampu adsl kelip² setiap 19 saat. Tak ubah cam lampu kat dalam kelab dangdut lak. Waduhh… punyalah meroyan aku hari ni.

Para penonton, bapak² ibu² yang ada disini…

Disebabkan aku baru dapat hidayah, so kenelah sabar. Tapi sampai kol 11 aku tunggu masih camtu. Kalau aku tak report sekarang, lagi 2 harilah baru ade tindakan sebab esok Jumaat, public holidey! Eee… malas tol nak hadap bende ni. Dahla 3 kali call. Naik berpeluh telinga aku. Petang tadi baru dah berenti berkelip. Phew..seb baik!

Petang tadi aku tak kuar. Malasla…dahlah ujan. Kerap tol ujan sekarang ni. Terasa dingin sket belah malam. Sesuailah bagi mereka yang nak berkasih sayang. Suami isteri je la. Ingat tu! Hahahaha. Arini bank ada call. Suruh gi bank. Loan kete dah lulus. Tunggu nak sain je. Pastu nak kene kuar duit nak bayar muka lak. Muka aku ni tak pernah kene bayar pon kalau nak sentuh. Auchhh! Hahahahahaha!

Ade Aku Kesah?

Merepek May 5th, 2008

Al kisahnya baru-baru ni aderlah aku meronda² kat blog orang lain. Saje nak meriah careykan suasane. Cam wakil rakyatla pulok! Akhirnya tersinggahlah kat satu blog neh. Boleh tahan la. Isi kandungan pon oke. Nak cakap meriah cam blog yang lain pon xla sangat tapi cam eksen lak. Dok kuar fatwa camne nak menjadi blogger yang manis berkrim disukai ramai.

Bagi aku tak kesah la ko nak cakap apa pon. Tapi takyahler nak kutuk blog orang lain. Perosak bahase la, iklan banyak sangatla, taruk pic besar rumah la. Suka hati dorangla nak letak pic besar mid valley sekalipon. Tu hak dorang. Blog korang, suka hati korangla. Hahahahahaha. Camlah blog dia tu bagus sangat. Aku tengok pon sakit mata. Dalam erti kate lain, blog dia tu pon bkn lawa sangat! Menyempatla aku komen style dewan bandaraya kuala lumpur. Kene taip skema, kang kene kutuk. Sampai sekarang dia tak kasi respon! Katanya setiap komen pengunjung akan dibalas sbg tande makasih. Takkan aku tegur psl komen ko pon dah nak marah? Blog org lain suka suki je ko canang x bagusla apa la.

Blog cam tu okela nak guna bahasa skema. Takkan blog mengarut cam aku ni nak pakai skema². Ingat blog aku ni blog politik ke apa? Blom lagi cam blog petualang ni. Hahahaha. Rosak bahasa handret plus! Hahahaha. *lari dalam guni 12 marhalah*

Nota Kaki: Ade aku kesah?

Bile Terase Rendu

Merepek May 2nd, 2008

Setelah hampir 2 bulan anak sedara aku dok sini, hari ni dorang dah balik ikut atok no 2 dorang lak. Diorang dok sini masa ngundi 8 Mac aritu. Aku tak tau lak atok dia nak mai sini. Lepas smayang Jumaat baru aku tau. Tu pon aku tengok kakak aku kecoh nak cari air batu. Cam ada orang nak datang je. Ingatkan ade rombongan nak datang minang aku. Auchh. Hahahahaha!

Walaupon aku takderla rapat sangat ngan anak buah aku tu (sbb mak aku cakap aku garang ngan dorang) tapi terasa gak bila dorang takde. Dua bulan umah ni cam kilang perabot rotan. Harini dah sunyi cam dalam hutan! Yang nampak sangat rendu tentulah bonda aku. Masa bebudak tu pergi nampak mata mak aku merah². Aku tau dia sedih. Tapi nak buat camner kan. Tunggulah aku buat anak ramai² nanti. Kekekekeke!

Selamat Hari Pekerja

Ucapan May 1st, 2008

Pejam celik dah 1 Mei. Selamat hari pekerja buat warga Malaysia yang bekerja. Yang takde keje cam Hamirusniza mahupon Mekyam buat-buatla ade keje ok. Hehehehe. Harap pekerja kat Malaysia ni tingkatkan kualiti keje. Mintak itu, mintak ini pon tak guna gak kalau mutu kerja masih ditakuk lame. Sape sokong angkat perut!

Apa kata kita dengar apa azam para pekerja yang sempat aku interview sempene Hari Pekerja neh!

Azam? Mana u tau laki i nama Azam? Sebab diala i jadi janda. Uwaaaa“- Linda Jasmani, Guru Tarian.

Azam saye? Saye berazam nak tekel bos kat kedai makan ni. Psstt..lagipun dia duda. Untung² leh kasi saye kerete sebijik. Teringin jugak nak racing kat jalan raye“- Rusniza, Pekerja Restoren.

Azam akak nak jadi bisneswomen yang sakses lagi seksi. Nak idup kenelah ligat sikit mencari rejeki untuk anak2 akak kat umah tuh“- Pn Norma Irama, Penjual Jamu.

Impian Merana

Merepek April 27th, 2008

PAGI:
Apa bendelah dorang buat ni. Berhari-hari repair tapi tel umah aku masih lagi kecacatan! Sambung wayar ke curi wayar. Konpius tol aku ni. Hajat nak gi merepot kat TM Point pon maseh aku tangguh. Takkan aku nak gi cc buat keje. Lecehla abg! Kang xde privacy. Biaserla artis. Muahahahahaha! Tahap kesabaran aku makin tercabar

TENGAH HARI:
Tunggu punya tunggu sampai tertido aku! Wahh.. dah tengah hari ropanya. Tel? Takyah cakap, maseh bisu. Aku kene merepot gak ni. Sebab dorang blah camtu je tanpa hasel yang ako harap-harapkan! Grr.. marah ni :) ) Arini gak nak gi bank bayar ansurans kereta untuk bulan ni. Alang-alang dh pergi bank, menyinggahla buat repot dulu.

Cuaca panas sangat. Dahla jalan jem. Bawak kete? Oh no! Maghrib karangla baru sampai rumah gayanya. Hahahaha. Dahla jem, nak parking susah. Ni lah kebaikkan moto. Boleh selit2, celok2. Tapi yang buat aku hangin sangat bila 500 meter nak sampai bank, aku perasan dompet aku tertinggal! Oh mai! Mampos aku kalo ade polis tahan. Arghhhhhh! Kene patah balik. Dah bazir byk masa kat situ. Uwaahahahaha :( (

PETANG:
Meripot sudah, membayor pon susah. Masa untuk balik. Takde slere nak meronda dlm panas camni. Petang sket plan nak kuar balik. Jalan-jalan cari makan cadangnya. Tapi petang ni aku kuar lewat sket sebab tunggu mak bapak aku kuar dulu. Ingat nak pergi pesta buku kat KB tapi aku salah hari. Bukan harini tapi esok. Patutla sunyi sepi je. Seb baik aku x redah masuk. Wakakakaka. X pasal-pasal kene tahan ngan pak guard nanti

MALAM:
Aku tido awal malam ni. Citer kat tv xde yang menarik perhatian aku pon. Aku harap penantian aku dalam 2 3 hari ni berakhir esok. Hehehehehe

Frust

Merepek April 26th, 2008

Pagi ni aku bangun awal sket. Nak pi merepot kat TM Point pasal line tel rumah aku yang tak tau bila nak settle. Perghh..sejuk. Jarang aku mandi awal-awal ni melainkan mandi wajib! Hahahahahaha

Tapi hajat aku tu distopkan kejab sebab aku tengok kontraktor TM sambung balik keje dorang. Kalau aku buat aduan pon tak guna kan? So kene sabar lagilah abang ni.

Kekadang sian gak tengok abg tu buat keje. Dahla sorang-sorang. Berpanas lak tu dari pagi ke petang. Masalahnya hasil masih zero! Aku heran gak adekah line tipon umah aku je yang cacat ney! Semua dah aku kelebek. Wayar, soket… semuanya oke di mata aku. Nak cakap ade wayer terputus x mungkinla. Byk kali dah aku perikse secare saintifik!

Buhsannya Saye

Merepek April 25th, 2008

Oh buhsan..tak tau nak bikin apa

Hari Jumaat kali ni yang paling bosan dalam hidup aku. Line tipon masih xsambung lagi. Tak tau nak buat apa cuti-cuti camni. Nak baca paper pon susah. Jauh sekali nak check email.

Buhsan!

Arini aku gi masjid tau! *kekelip mata kat hummy*

blank